Sunday, June 14, 2009

Sunnah Pejuang

Assalamualaikum...

Bila saya baca tajuk ni, teringat dengan lirik lagu "Sunnah Pejuang" nyanyian kumpulan Nadamurni lama dulu .. terkenang juga sama2 nyanyi ngan kawan2 masa dalam suatu perjalanan..

Semoga nasyid ini dapat membarakan lagi semangat perjuangan kita untuk mempercepatkan tertegak kembali agama Allah di muka bumi..

Dengar lagu ini di sini

Sunnah Pejuang

Berjuang menempah susah
menanggung derita menongkah fitnah
itulah gelombang hidup samudera duka
seorang mujahid memburu syahid

dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan rasulNya

berjuang tak pernah senang
ombak derita tiada henti
tenang tegang silih berganti
inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
dihiris dosa air mata
siangnya bagaikan singa di rimba
memerah keringat meluah tenaga

berjuang memang pahit
kerana syurga itu manis
bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
bukan sedikit pedih yang ditagih

berjuang ertinya terkorban
rela terhina kerna kebenaran
antara dua pasti terjadi
tunggulah syahid atau menang



Friday, June 12, 2009

Sehari Satu Kalimah 31 - مسابقة

بسم الله الرحمن الرحيم

سَابَقَ : Telah berlumba/ bertanding

سَابَقَ زَيْدٌ أُخْتَهُ فِي الجَرْيِ فَغَلَبَهَا

Zaid telah berlumba lari dengan kakaknya dan dia mengalahkan kakaknya.

يُسَابِقُ : Sedang berlumba/ bertanding

زَيْدٌ لَا يَسْتَطِيعُ أَنْ يُسَابِقَ أُخْتَهُ فِي الْحِفْظِ

Zaid tidak mampu berlumba menghafal dengan kakaknya.

مُسَابَقَةٌ : Perlumbaan / pertandingan

أُرِيدُ أَنْ أَشْتَرِكَ فِي مُسَابَقَةِ رُكُوبِ الْخَيْلِ

Saya mahu menyertai pertandingan menunggang kuda


Tuesday, June 9, 2009

Sehari Satu Kalimah 30 - الدكان

بسم الله الرحمن الرحيم

الدُّكَّانُ ج الدَّكَاكِينُ : Kedai

أَيْنَ الدُّكَّانُ : Di mana kedai?

الدُّكَّانُ أَمَامَ الْمَدْرَسَةِ : Kedai di depan sekolah