Wednesday, April 28, 2010

Sehari Satu Kalimah 40 - استعجل

بسم الله الرحمن الرحيم

اسْتَعَجَلَ – يَسْتَعْجِلُ – اسْتِعْجَالٌ: Gopoh-gapah

مَنْ اسْتَعَجَلَ بِشَيْءٍ قَبْلَ أَوَانِهِ عُوقِبَ بِحِرْمَانِهِ مِنْهُ

Sesiapa yang gopoh dalam sesuatu perkara sebelum tiba masanya, dia akan dihukum dengan tidak akan memperolehinya.*

* Ini sebenarnya satu kaedah syariat (legal maxim). Cthny: anak yang membunuh bapanya untuk mempercepatkan dirinya mendapat pusaka. Anak itu tidak akan mendapat pusaka dari bapanya.


لَا تَسْتَعْجِلْ فِي قِيَادَةِ السَّيَّارَةِ

Jangan gopoh ketika memandu kereta

Monday, April 26, 2010

Madah Berhikmah - الْحِكَمُ - Antara Malaikat, Haiwan dan Manusia

قَالَ بعض السلف : خلق الله الملائكة عقولاً بلا شهوة ، وخلق البهائم شهوة بلا عقول، وخلق ابن آدم وركب فيه العقل والشهوة ، فمن غلب عقله شهوته التحق بالملائكة ، ومن غلبت شهوته عقله التحق بالبهائم..

Salafussoleh (Org2 soleh t'dahulu) b'kata:"Allah m'cipta malaikat m'punyai akal tanpa nafsu. Dan Allah m'cipta binatang m'punyai nafsu tanpa akal. Dan Allah m'cipta manusia dan mencantumkan padanya akal dan nafsu. Jadi, sesiapa yang akalnya mengawal nafsunya maka dia bersama malaikat. Dan sesiapa yang nafsunya mengawal akalnya, dia bersama haiwan.."

Thursday, April 22, 2010

Madah Berhikmah (الْحِكَمُ) Kunci Khusyuk dan Kebijaksanaan

بسم الله الرحمن الرحيم

Kata Abdullah bin Mubarak:


اتْرُكْ فُضُولَ النَّظَرِ تُوَفَّقْ لِلْخُشُوعِ
Tinggalkan berlebihan dalam memandang, kamu akan mendapat khusyuk.

اتْرُكْ فُضُولَ الْكَلَامِ تُوَفَّقْ لِلْحِكْمَةِ
Tinggalkan berlebihan dalam bercakap, kamu akan mendapat hikmah (kebijaksanaan)

Thursday, April 15, 2010

Wednesday, April 14, 2010

Typing arabic words in the web

Assalamualaikum..
terjumpa satu aplikasi untuk taip huruf arab http://www.arabic-keyboard.org/.. nampak cam menarik.. trylah

Jenis-jenis Perbuatan (فِعْل) siri 2 - فعل رباعي

Ini adalah sambungan kepada Jenis-jenis perbuatan siri 1.. Di dalam post itu saya telah bincangkan mengenai perbuatan2 (فِعْلٌ) yang asasnya terdiri dari 3 huruf (فِعْلٌ ثُلَاثِي).

Dalam post ini pula, saya akan bincangkan mengenai perbuatan yang asasnya terdiri dari 4 huruf, perbuatan jenis ini dinamakan fi’il ruba’I (فِعْلٌ رُبَاعِي). Contohnya أَكْرَمَ , عَلَّمَ , dan بَسْمَلَ .

Telah berlaku فعل ماضي

Sedang berlaku فعل مضارع

Suruhan فعل أمر

عَلًّمَ (Telah mengajar)

يُعَلِّمُ (Sedang mengajar)

عَلِّمْ (Ajarlah!)

أَكْرَمَ (Telah menghormati)

يُكْرِمُ (Sedang menghormati)

أَكْرِمْ (Hormatilah!)

بَسْمَلَ (Telah membaca bismillah)

يُبَسْمِلُ (Sedang membaca bismillah)

بَسْمِلْ (Bacalah bismillah!)

صَافَحَ (Telah bersalaman)

يُصَافِحُ (Sedang bersalaman)

صَافِحْ (Bersalamlah!)

Kaedah-kaedah yang dapat disimpulkan dari jadual di atas ialah:

  1. Sepertimana فِعْلٌ ثُلَاثِي , فعل ماضي bagi fi’il ruba’i (فِعْلٌ رُبَاعِي) juga adalah asal perkataan. Oleh itu, terdapat penambahan / perubahan struktur perbuatan apabila ia diubah ke dalam bentuk فعل مضارع dan فعل أمر.
  2. Perubahan yang berlaku apabila perbuatan diubah dari

فعل ماضي رباعي kepada فعل مضارع رباعي ialah:

a) Penambahan satu huruf khas dihadapan dan dibariskan dhommah (ُ )

b) Huruf sebelum akhir dikasrohkan ( ِ )

c) Huruf terakhir didhommahkan ( ُ )

  1. Perubahan yang berlaku apabila perbuatan diubah dari

فعل ماضي رباعي kepada فعل أمر رباعي iaitu:

a) Huruf sebelum akhir dikasrohkan ( ِ )

b) dan huruf terakhir disukunkan ( ْ )

Latihan:

Lengkapkan jadual berikut.

Telah berlaku

فعل ماضي

Sedang berlaku

فعل مضارع

Suruhan

فعل أمر

رَاجَعَ (Telah mengulangkaji)

أَلِّفْ (Satukanlah!)

حَوْقَلَ (Telah membaca

لا حول ولا قوة إلا بالله )

يُقَاتِلُ (Sedang berbunuhan)

Tuesday, April 13, 2010

Sehari Satu Kalimah: الأطعمة (Makanan)

لَحْمٌ

Daging

مَكْرُونَةٌ

Makaroni

خُبْزٌ

Roti

فَطِيرَةٌ

Pai/ Lempeng/ Roti Canai

دَجَاجٌ

Ayam

أُرْزُ

Beras/ Nasi

بَيْضٌ مَقْلِيٌّ

Telur Goreng

جُبْنٌ

Keju

بَطَاطَا مَقْلِيَّةٌ

Kentang goreng

سَمَكٌ

Ikan