Friday, November 28, 2008

هَيَّا نَقْرَأ Mari Membaca

Assalamualaikum...

Mari sama-sama memantapkan kemahiran berbahasa arab dengan membaca kisah "Pengembaraan Pipit".

Selamat membaca...

المعنى

المفردات

Pipit

العصفور

Berseronok

يلهو

Bersinar

يلمع

Gandum

القمح

Penuh

امتلأ

Penjara

سجن

Menjadi ringan

خفَّ

Bimbang

قلقة

Kemampuan

طاقة

Motto

شعار

Makanan yang bermanfaat dan berfaedah

غذاء نافع مفيد


Thursday, November 27, 2008

Jenis-jenis Perbuatan (فِعْل) siri 1 فعل ثلاثي


Bahasa arab mempunyai keunikan tersendiri dari segi pembahagian jenis-jenis perbuatan. Tidak seperti bahasa melayu, bahasa arab mempunyai tiga jenis perbuatan yang digunakan untuk menggambarkan makna yang telah dan sedang berlaku serta untuk suruhan dilakukan. Dalam hal ini, bahasa melayu adalah lebih mudah digunakan kerana dengan hanya menambah perkataan “sedang” atau “telah” sudah cukup untuk membezakan kedua-dua jenis perbuatan itu. Contohnya, perkataan “makan”

- saya sedang makan (sedang berlaku/مضارع )

- saya telah makan (telah berlaku/ماضي )

- Makanlah! (suruhan/أمر )

Namun, di dalam bahasa arab, tidak cukup dengan hanya menambahkan suatu perkataan untuk menggambarkan perbezaan tersebut. Ada cara khusus untuk itu, yang kita akan bincangkan, insyaAllah.

Telah berlaku

فعل ماضي

Sedang berlaku

فعل مضارع

Suruhan

فعل أمر

فَعَلَ (Telah melakukan)

يَفْعَلُ Sedang melakukan

افْعَلْ (Lakukanlah)

بَحَثَ (Telah mencari)

يَبْحَثُ (Sedang mencari)

ابْحَثْ (Carilah!)

كَتَبَ (Telah Menulis)

يَكْتُبُ (Sedang menulis)

اكْتُبْ (Tulislah!)

نَظَرَ (Telah Melihat)

يَنْظُرُ (Sedang melihat)

انْظُرْ (Lihat!)

Dengan memerhatikan jadual di atas, ada beberapa kaedah yang dapat disimpulkan, iaitu:

  1. فعل ماضي adalah asal perkataan. Oleh itu, terdapat penambahan / perubahan struktur perbuatan apabila ia diubah ke dalam bentuk فعل مضارع dan فعل أمر.
  2. Perubahan yang berlaku apabila perbuatan diubah dari فعل ماضي kepada فعل مضارع ialah:

I. Penambahan suatu huruf khas di depan.

II. Mematikan (ْ )baris huruf kedua.

III. Huruf terakhir berbaris depan (ُ ).

  1. Perubahan yang berlaku apabila perbuatan diubah dari فعل ماضي kepada فعل أمر ialah:

I. Penambahan huruf alif (ا) / hamzah wasal di depan.

II. Mematikan (ْ )baris huruf kedua.

III. Mematikan (ْ )baris huruf terakhir.

Perhatian: contoh-contoh dan perubahan yang dinyatakan di sini adalah untuk perbuatan yang berasaskan tiga huruf sahaja seperti بَحَثَ dan نَظَرَ . Terdapat perbezaan bentuk perubahan jika perbuatan itu berasaskan empat, lima atau enam huruf contohnya حَوْقَلَ , تَقَاتَل atau اسْتَغْفَرَ .

Latihan:

Lengkapkan jadual berikut.

Telah berlaku

فعل ماضي

Sedang berlaku

فعل مضارع

Suruhan

فعل أمر

قَطَعَ (Telah memotong)

فَتَحَ (Telah membuka)

طَرَقَ (Telah mengetuk)

شَرِبَ (Telah minum)

Wednesday, November 26, 2008

Sehari Satu Kalimah - المنظر

بسم الله الرحمن الرحيم

مَنْظَرٌ : Pemandangan

مَا أَجْمَلَ مَنْظَرُ السَّمَاءِ الصَّافِيَةِ!!

Betapa cantiknya pemandangan langit yang bersih!!