Friday, May 6, 2011

Kata kerja men...kan (أَفْعَلَ)

Assalamualaikum.. Harini nak kongsi satu keunikan bahasa arab berbanding bahasa melayu.

Berbeza dengan bahasa melayu, kita hanya perlu menambah 1 huruf untuk memberi efek men…kan/memper…kan kepada suatu kata kerja (فِعل)..

Contoh:

1. Cantik >>> Mencantikkan = جَمُلَ >> أَجْمَلَ

Mukanya cantik

جَمُلَ وَجْهُهَا

Fatimah memperelokkan wajahnya

أَجْمَلَتْ فَاطِمَةُ وَجْهَهَا

2. Elok >>> Mengelokkan / Memperelokkan = حَسُنَ >> أَحْسَنَ

Suaranya elok

حَسُنَ صَوْتُهُ

Dia memperelokkan suaranya

أَحْسَنَ صَوْتَهُ

3. Cepat >>> Mempercepatkan = سَرُعَ >> أَسْرَعَ

Kereta itu cepat

سَرُعَتْ السَّيَّارَةُ

Muhammad mempercepatkan perjalanan (langkahnya)

أَسْرَعَ مُحَمَّدٌ السَّيْرَ

4. Penat/ Letih >>> Memenatkan/ Meletihkan = تَعِبَ >> أَتْعَبَ

Zaid letih.

تَعِبَ زَيْدٌ

Zaid memenatkan dirinya

أَتْعَبَ زَيْدٌ نَفْسَهُ

5. Keluar >>> Mengeluarkan = خَرَجَ >> أَخْرَجَ

Pelajar (perempuan) itu keluar dari kelas

خَرَجَتْ الطَّالِبَةُ مِنَ الْفَصْلِ

Pelajar (perempuan) itu mengeluarkan bukunya

أَخْرَجَتْ الطَّالِبَةُ كِتَابَهَا

Berdasarkan contoh2 di atas, kita hanya perlu menambah hamzah (أَ) di hadapan fi’il madhi (فعل ماضي) untuk mengubah kata kerja biasa kepada kata kerja men…kan/memper…kan.

Latihan: Lengkapkan jadual di berikut dan bina ayat berdasarkan fi’il-fi’il itu.

Melayu

Arab

Ayat

Masuk

دَخَلَ

Memasukkan

Turun

نَزَلَ

Menurunkan

Musnah

تَلِفَ

Memusnahkan

5 comments:

eh.YaKe said...

nak tanya soalan.

Surah Az-Zukhruf 43 ayat 55 terdapat perkataan 'fa aghraqnaahum' yg bermaksud 'tenggelamkan mereka'.

Adakah perkataan 'fa aghraqnaahum' itu bermaksud proses tenggelam di laut sahaja atau boleh juga bermaksud tenggelam di darat (akibat tsunami contohnya) atau tenggelam ke dalam tanah? Jika lain, maka 'tenggelam dlm tanah' dlm bahasa arab apa?

Kedua surah sama ayat 57 terdapat berkataan 'ibnu Maryam'. Adakah perkataan itu hanya bermaksud anak kepada maryam? Atau ia boleh juga bermaksud keturunan maryam? Jika 'bani Adam' bermaksud semua manusia keturunan Adam kan..

Sy bukan tanya maksud dari segi tafsir ayat tu tapi maksudnya dari segi bahasa.. sekian.

Muhammad 'Abid Abdul Latiff.. said...

1. Azzukhruf:43
setakat yg sy tahu aghroqnahum hny diguna utk tgglm dlm air. asl dr root word gharaqa (tenggelam). klu tgglm dlm bumi diguna khasafnahum spt dlm ayat 81 surah al-qasas(28) ttg kisah qarun. wallahua'alam

2. azzukhruf:57
dari segi bhs mmg diguna ibnu adam b'makna keturunan adam. cth lain bani umayyah= keturunan umayyah, bani abbasiyyah=keturunan abbas etc.
tp, utk ayat azzukhruf:57 ni, lfz ibnu maryam hny merujuk nabi isa yg telah dilahirkan tnpa bapa utk membuktikan kekuasaan Allah. tmbhn pula maryam tidak ada anak kecuali nabi isa dan nabi isa pun takde anak, so klu nk terjmh kturunan maryam mmg x tpt. wallahua'lam

eh.YaKe said...

Arigatoo.. Oo jd "aghraqnaahum" bermaksud tenggelam dlm air. Jd dr segi bahasa ia relevan utk tenggelam kerana tsunami, banjir dan di lautan.

Sy sebenarnya tertarik dgn ayat selepasnya iaitu ayat 56 yg menceritakan bhw kisah umat2 yg telah lalu adalah sebagai teladan, perumpamaan kpd umat yg terkemudian.. Seolah-olah memberi gambaran terdapat umat yg terkemudian yg bakal ditimpa spt apa yg telah menimpa umat terdahulu..

Okey sy akui, pendapat yg popular dan mendominasi dikalangan ulama2 muktabar ialah Nabi Isa tidak memiliki anak. Pendapat nabi Isa punya anak dipegang oleh sebilangan mazhab kristian yg terpencil, sebilangan ulama pengikut ajaran sesat ahmadiah ciptaan Mirza Ghulam ahmad dan sebilangan yg lain.. Golongan sesat tetap sesat.

Sy juga pernah baca tafsir HAMKA ttg ayat tersebut.Bagaimana kaum Quraisy dahulu bersorak2 bertanya ttg manakah yg lebih baik , tuhan mereka (berhala) atau Nabi Isa. Sbb Nabi Isa juga disembah dan dianggap tuhan oleh org kristian. Ayat 59 mengatakan bahawa Nabi Isa hanyalah hamba Allah yg diberikan nikmat.Tafsir ulama sangatlah benar.

Cuma soalan saya JIKA nabi Isa juga memiliki anak atau cucu cicit, adakah anak, cucu, cicit dan keturunan Nabi Isa Ibnu Maryam boleh juga dianggap sebagai "Ibnu Maryam"? Atau "Ibnu Maryam" hanya merujuk kepada nabi Isa sahaja. Jika nabi Isa memiliki anak, dia tidak boleh dianggap "Ibnu Maryam" tp hanya cucu kpd Maryam?

eh.YaKe said...

Nak tanya ttg Az-Zukhruf ayat 56

56. Maka kami jadikan mereka contoh dan pengajaran bagi orang-orang yang datang kemudian. (Az-Zukhruf 43:56)

Terjemahan bahasa indonesia pula

56. Maka kami jadikan mereka (umat) terdahulu sebagai tamsil (pengajaran) kepada (umat) yg terkemudian.

Dalam ayat tu, terdapat perkataan 'matsalan'. Apa maksud 'matsalan' dan kata dasarnya? tak silap sy, kata dasarnya مثل . Camner nak sebutnya? matsala @ matsalu?

Bila rujuk kamus arab ke english, maksud مثل ialah sama; equally ; as ; every bit; proverb ; adage ; saw ; byword..

Adakah ayat 56 itu boleh juga diterjemahkan sbg

Maka kami jadikan mereka yg terdahulu SAMA dengan umat terkemudian.

Yg bermaksud apa2 yg pernah menimpa umat terdahulu juga menimpa umat terkemudian. Sbg contoh dulu terdapat golongan yg memungkiri kebenaran maka mereka ditenggelamkan, dipetir, gempa bumi, banjir.. Maka terdapat2 umat2 kemudian (selepas Al-Quran diturunkan) yg bakal ditimpa petir, gempa bumi, banjir etc..

Al-Quran juga mengandungi ayat2 teguran kpd Ahli Kitab taurat dan injil yg menyembunyikan ilmu atau mengubah ayat2 Allah, maka teguran tersebut relevan kpd sebilangan ahli2 kitab AlQuran (ulama)? Kengkadang kita tengok terdapat perbezaan yg besar antara 1 terjemahan dgn terjemahan AlQuran yg lain.. Bila sy bandingkan terjemahan AlQuran bahasa indonesia dgn malaysia, sy dapati ulama indonesia lebih jujur dalam menterjemahkan Al-Quran..

PEMINAT BISKUT said...

Interesting !