Saturday, June 23, 2012

أنواع الصمت ( Jenis-jenis diam)


أنواع الصمت ( Jenis-jenis diam)

- عِنْدَمَا لَا تَقْتَنِعُ بِكَلَامِ الشَّخْصِ الَّذِي أَمَامَكَ خَاصَّةً الْأَكْبَرِ سِنّاً.. يَكُونُ الصَّمْتُ "احْتِرَاماً".
-          Apabila kamu tidak berpuashati dengan percakapan seseorang di hadapan kamu, lebih-lebih lagi orang yang lebih tuaBerdiam pada masa itu menjadiperhormatan”.

- عِنْدَمَا يَتَجَاهَلُكَ عَزِيزٌ لِيَلْتَفِتَ إِلَى أَوْلَوِيَّاتِ أُخْرَى.. يَكُونُ الصَّمْتُ "أَلَماً".
-   Apabila seseorang yang engkau sayangi tidak mengendahkanmu untuk memberi perhatian kepada perkara-perkara lain lebih utamaBerdiam pada masa itu menjadikepedihan”.

- عِنْدَمَا يَجْرِحُكَ شَخْصٌ وَتَذْهَبَ لِتَبْكِيَ بِمُفْرَدِكَ.. يَكُونُ الصَّمْتُ "قَهْرًا".
-   Apabila seseorang melukaimu dan kamu pergi menangis berseorangan.. Berdiam pada masa itu menjadi keterpaksaan”.

- عِنْدَمَا تَشْعُرُ بِأَنَّ قَلْبَكَ أَصْبَحَ ضَعِيفاً لَا يَحْتَمِلُ الْأَلَمَ.. يَكُونُُ الصَّمْتُ "خَنْقاً".
-  Apabila rasai bahawa hatimu menjadi lemah tidak dapat menanggung kesakitanberdiam pada ketika itu menjadi kelumpuhan”.

- عِنْدَمَا يَتَلَفَّظُ الَّذِي أَمَامَكَ بِكَلِمَاتٍ جَارِحَةٍ.. يَكُونُ الصَّمتُ "قُوَّةً".
-      Apabila seseorang di hadapanmu melafazkan kata-kata yang menyakitkanberdiam ketika itu menjadikekuatan”.

Sumber: Majalah Al-Fateh 

Thursday, March 8, 2012

Madah Berhikmah- الحكم - Sedih

يَحِقُّ لِمَنْ يَعْلَمُ أَنَّ الْمَوْتَ مَوْرِدُهُ، وَأَنَّ السَّاعَةَ مَوْعِدُهُ، وَأَنَّ الْقِيَامَةَ بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ مَشْهَدُهُ؛ أَنْ يَطُولَ حُزْنُهُ [الإمام/ الحسن البصري[

Seseorang yang tahu bahawa dia akan mati, bahawa dia punya temujanji dengan hari kiamat, dan bahawa hari kiamat adalah tempat persaksiannya di hadapan Allah tentu bersedih berpanjangan. (Hasan Basri)

Saturday, February 4, 2012

أمثلة أسئلة المقابلات الشخصية Contoh soalan-soalan temuduga

أمثلة أسئلة المقابلات الشخصية Contoh soalan-soalan temuduga


1.
احكي لي عن نفسك؟

Ceritakan kepada saya tentang diri anda?

2. لماذا تقدمت للحصول على هذه الوظيفة؟

Kenapa awak ingin memohon jawatan ini?

3. ماذا تعلم عن الشركة؟

Apa yang anda tahu tentang syarikat ini?

4. ما الذي يؤهلك لتولي الوظيفة؟

Apa yang melayakkan anda mendapat jawatan ini?

5. ما الذي تستطيع تقديمه للشركة ولا يستطيع تقديمه شخص آخر؟

Apakah yang anda dapat sumbangkan kepada syarikat, sedangkan orang lain tidak dapat.

6. لماذا نقوم بتعيينك؟

Apakah yang menyebabkan kami melantik anda?

7. عن ماذا تبحث في الوظيفة؟

Apa yang anda inginkan dari jawatan ini?

8. لماذا تريد تغيير مجال عملك؟

Kenapa awak ingin mengubah bidang pekerjaan?

9. لماذا تركت وظيفتك السابقة؟

Kenapa awak berhenti dari kerja sebelum ini?

10. لماذا تريد العمل لدينا؟

Mengapa awak ingin bekerja dengan kami?

11. كم من الوقت تحتاجه قبل أن تبدأ بالإسهام في الشركة؟

Berapa lama awak perlukan untuk mula memberi sumbangan kepada syarikat.

12. ما هي نقاط قوتك؟

Apakah kekuatan/kelebihan anda?

13. ما هي نقاط ضعفك؟

Apakah kelemahan/kekurangan anda?

14. ما هي أهدافك في حياتك المهنية؟

Apakah yang ingin anda capai dalam kehidupan pekerjaan anda

15. كيف تصف نفسك؟

Bagaimana anda menggambarkan diri anda?

16. كيف يصفك زملاءك؟

Bagaimana kawan-kawan anda melihat anda?

17. كيف يصفك مديرك السابق؟

Bagaimana bos anda yang lalu menyifatkan diri anda?

18. ما هو أكثر شيئ أحببته أو كرهته بشان وظيفتك السابقة؟

Apa perkara yang paling anda sukai atau paling anda benci dalam pekerjaan kamu yang lama.

19. قم بوصف موقف في ماضيك أبديت فيه روح المبادرة

Ceritakan satu kejadian yang menunjukkan anda telah berinisiatif.

20. ما المسئوليات الرئيسية التي قمت بها في وظيفتك السابقة؟

Apakah tanggungjawab utama yang telah anda lakukan dalam pekerjaan anda yang lalu?

21. ما هى أعظم انجازاتك؟

Apakah pencapaian kamu yang paling hebat?

22. أوصف أسلوبك في الإدارة

Gambarkan bagaimana anda mentadbir

23. هل تعمل بصورة أفضل في فريق أو بطريقة مستقلة؟

Adakah anda lebih suka bekerja dalam kumpulan atau berseorangan?

24. كيف تعمل تحت الضغط؟

Bagaimana anda bekerja di bawah tekanan?

25. ما هي الوظائف الأخرى التي تقدمت لشغلها؟

Apa lagi jawatan yang telah anda pohon?

26. كيف كان أداءك الجامعي؟

Bagaimana pencapaian anda di Universiti?

27. ما هي ساعات العمل التي تفضلها؟

Bagaimanakah bentuk waktu pekerjaan yang anda sukai?

28. هل لديك أسئلة لي؟

Adakah anda ada soalan kepada saya?


فيما يلي بعض الأسئلة حتى تعرف المزيد عن وظيفتك.

Soalan-soalan berikut adalah untuk anda ketahui lebih banyak tentang pekerjaan anda


لماذا هذه الوظيفة شاغرة؟

Kenapa ada kekosongan jawatan ini?


ما هو مستوى الخبرة للشخص المناسب لشغل الوظيفة؟

Apakah kadar pengalaman seseorang yang sesuai mengisi jawatan in?


ما هو التدريب الذي يتم توفيره؟

Apakah bentuk latihan yang diberikan?


ما هي المسئوليات التي سأناط بها؟

Apakah tanggungjawab yang akan diberikan kepada saya?


ما الذي يتضمنه يوم عمل عادي من مهام ومشروعات ومسئوليات إلخ…؟

Apakah tugas, projek dan tanggungjawab yang ada pada hari-hari biasa?


ما الذي تستطيع ان تقوله لي بشأن فريق العمل الذي سأعمل معه؟

Apa yang anda boleh sebutkan tentang kumpulan kerja yang akan saya sertai?


ما هي الأهداف التي تريد مني تحقيقها في وظيفتي؟

Apa tujuan/target yang ingin anda capai dari jawatanku in


هل هناك تدرج وظيفي معين في الشركة؟

Adakah terdapat kenaikan pangkat yang khusus dalam syarikat?


ما هي المشاكل التي قد أواجهها في هذا الوظيفة؟

Apakah masalah-masalah yang mungkin saya hadapi dalam jawatan ini?


ما هي الموارد (ميزانية مثلا) المتاحة لتأدية وظيفتي؟

ِDari manakah sumber kewangan yang disediakan untuk aku laksanakan tugasku


ما هي التغييرات الجوهرية التي تتوقعون أن تحدث في الشركة مستقبلا؟

Apakah perubahan signifikan yang anda jangkakan akan berlaku dalam syarikat ini pada masa

akan datang?


ما هي نقاط قوة الشركة؟

Apakah kekuatan syarikat ini?


كيف سيتم تقييم أدائي الوظيفي؟

Bagaimana penilaian prestasi kerja saya akan dilakukan.

Friday, May 6, 2011

Kata kerja men...kan (أَفْعَلَ)

Assalamualaikum.. Harini nak kongsi satu keunikan bahasa arab berbanding bahasa melayu.

Berbeza dengan bahasa melayu, kita hanya perlu menambah 1 huruf untuk memberi efek men…kan/memper…kan kepada suatu kata kerja (فِعل)..

Contoh:

1. Cantik >>> Mencantikkan = جَمُلَ >> أَجْمَلَ

Mukanya cantik

جَمُلَ وَجْهُهَا

Fatimah memperelokkan wajahnya

أَجْمَلَتْ فَاطِمَةُ وَجْهَهَا

2. Elok >>> Mengelokkan / Memperelokkan = حَسُنَ >> أَحْسَنَ

Suaranya elok

حَسُنَ صَوْتُهُ

Dia memperelokkan suaranya

أَحْسَنَ صَوْتَهُ

3. Cepat >>> Mempercepatkan = سَرُعَ >> أَسْرَعَ

Kereta itu cepat

سَرُعَتْ السَّيَّارَةُ

Muhammad mempercepatkan perjalanan (langkahnya)

أَسْرَعَ مُحَمَّدٌ السَّيْرَ

4. Penat/ Letih >>> Memenatkan/ Meletihkan = تَعِبَ >> أَتْعَبَ

Zaid letih.

تَعِبَ زَيْدٌ

Zaid memenatkan dirinya

أَتْعَبَ زَيْدٌ نَفْسَهُ

5. Keluar >>> Mengeluarkan = خَرَجَ >> أَخْرَجَ

Pelajar (perempuan) itu keluar dari kelas

خَرَجَتْ الطَّالِبَةُ مِنَ الْفَصْلِ

Pelajar (perempuan) itu mengeluarkan bukunya

أَخْرَجَتْ الطَّالِبَةُ كِتَابَهَا

Berdasarkan contoh2 di atas, kita hanya perlu menambah hamzah (أَ) di hadapan fi’il madhi (فعل ماضي) untuk mengubah kata kerja biasa kepada kata kerja men…kan/memper…kan.

Latihan: Lengkapkan jadual di berikut dan bina ayat berdasarkan fi’il-fi’il itu.

Melayu

Arab

Ayat

Masuk

دَخَلَ

Memasukkan

Turun

نَزَلَ

Menurunkan

Musnah

تَلِفَ

Memusnahkan