Thursday, October 30, 2008

Sehari Satu Kalimah 28 - وفقك الله

Assalamualaikum ..

Sekarang ni kat UIA tgh musim exam.. Jadi, tergerak hati nak kongsi ucapan yang sesuai diucap untuk kami-kami yang tengah exam ni..

وَفَّقَكَ اللَّهُ: Semoga Allah menjayakan kamu

Untuk Perempuan:

وَفَّقَكِ اللَّهُ

Jawabnya:

آمِينُ

@

وَإِيَّاك: dan kepada kamu juga

p/s: jangan lupa doakan untuk saya key ..

وَفَّقَنَا اللهُ جَمِيعاً!!

Tuesday, October 21, 2008

Sehari Satu Kalimah 26 - بحث

بسم الله الرحمن الرحيم

بَحَثَ : Telah Mencari

بَحَثَ مُحَمَّدٌ عَنِ الْمَعْلُومَات فِي الإِنْتَرْنِت

Muhammad telah mencari maklumat di internet

يَبْحَثُ : Sedang mencari

يَبْحَثُ الْوَلَدُ عَنْ كُرَّتِهِ فِي كُلِّ مَكَانٍ

Budak itu sedang mencari bolanya di semua tempat

بَحْثٌ : Pencarian

عَلَيْنَا أَنْ نَبْدَأَ بِالْبَحْثِ مِنَ الْآنِ

Kita mesti mulakan pencarian dari sekarang

Sunday, October 19, 2008

Sehari Satu Kalimah 25 - استقبل

بسم الله الرحمن الرحيم

اسْتَقْبَلَ : Telah Menyambut

اسْتَقْبَلَ الْمُؤْمِنُ ضَيْفَهُ بِسُرُورٍ

Seorang Mukmin telah menyambut tetamunya dengan kegembiraan.

يَسْتَقْبِلُ : Sedang Menyambut

ذَهَبَ حُسَينُ إِلَى الْمَطَارِ لِيَسْتَقْبِل أَخَاهُ

Husin telah pergi ke lapangan terbang untuk menyambut abangnya.

اسْتِقْبَالٌ : Sambutan

كَانَ اسْتِقْبَالاً حَارًّا !

Sambutan itu sangat meriah!

Wednesday, October 8, 2008

TAG!!

Saya kena 'TAG'! Husaini Hussain merupakan antara sahabat baik merangkap teman sebisnes dunia akhirat saya di UIA. Memandangkan dia yang 'TAG' saya, nak tak nak saya terima sahaja....


TAG

Question 1: What were you doing 5 years ago?

Answer: Pada bulan oktober 2003 (kalau tak silap) saya berada di Indonesia.. Belajar Al-Quran dengan Ustaz Sufyan Nur selama lebih sebulan.. (Semoga dipertemukan dengan beliau kembali)


Question 2: What are the 5 things on your to-do list today?

Answer:

1. Ngajar ngaji Quran bebudak.
2. Study untuk final.
3. Study untuk test 2 family.
4. SMS downline HPA (hehehe)
5. Pergi cawangan HPA, Beli Barang.


Question 3: What are the 5 snacks that you enjoy?

1. Kerepek Ubi pedas
2. Tart Jem
3. Jagung Kukus
4. Nugget Ayam (RAMLI)
5. Fried chicken (RFC)


Question 4: What are the 5 things that you would do if you were a billionaire?

1. Do investment for this world n hereafter..
2. Tunaikan kewajipan-kewajipan ke atas diri dan orang lain.
3. Perkara-perkara Islami (menyebarkan dakwah Islam infaq untuk Islam)
4. Bahagi kat sedara mara..
5. Cepat-cepat kawin .. heheh .. (macam Mujahid)


Question 5: What are the 5 jobs you've had?

1. Edar pamphlet..
2. Rider Domino's Pizza
3. Guru Ngaji Quran n Tuisyen
4. Tukang bancuh air (kat kedai makan)
5. MLM HPA

OK...finally the 5 lucky people that hopefully will continue this tag:

1. Hadi Mahdi Almuhtadi (muhammadaimansalmi.blogspot.com)
2. Wan Abdullah Mujahid (ibnhasan.blogspot.com)
3. Eizani (usrahkini.blogspot.com)
4. Ammar (makannasik.blogspot.com)
5. Zul Yunus (zulyunus.com)

Sehari Satu Kalimah 24

بسم الله الرحمن الرحيم


Ucapan orang-orang arab (Sudan) apabila menyambut hari raya…

كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ

Semoga baik-baik sahaja sepanjang tahun..

Jawabnya:

أَعَادَهُ اللهُ عَلَيْنَا بِاليُمْنِ وَالأَمَانِ

Semoga Allah mengulang kembali (hari raya ini) kepada kita dengan kebaikan dan keamanan

Diorang juga selalu berdoa satu sama lain..

تَقَبَّلَ اللهُ مِنْكُمْ

Semoga Allah menerima (ibadah) kamu

Jawabnya:

مِنَّا وَمِنْكُمْ تَقَبَّلْ يَا كَرِيمُ

Daripada (amalan) kami dan kamu juga, terimalah Wahai Yang Maha Pemurah.

*Sori, sebenarnya nak letak post ni sebelum raya.. Tapi, sekarang baru tercapai hasrat tu… Harap masih tak terlambat… Takpun bleh guna untuk tahun depan..

كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ !!!

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا ومِنْكُمْ!!!