Saturday, June 21, 2008

Sehari Satu Kalimah (18)

بسم الله الرحمن الرحيم

إِزَارٌ : Kain pelekat

اشْتَرَيْتُ الْإِزَارَ فِي السُّوقِ

Aku telah membeli kain pelekat itu di pasar.

Friday, June 20, 2008

Sehari Satu Kalimah (17)

بسم الله الرحمن الرحيم

ظَنَّ : Telah menyangka

ظَنَّ الْأَبُ أَنَّ ابْنَهُ سَيَرْجِعُ

Bapa itu menyangka bahawa anaknya akan pulang.

يَظُنُّ : Sedang Menyangka

يَظُنُّ حُسَيْنُ أَنَّ صَدِيقَهُ يَكْذِب

Husain menyangka bahawa kawannya menipu.

ظَنٌّ : Sangkaan

أَحْسِنْ ظَنَّكَ بِاللَّهِ

Perbaiki sangkaan kamu terhadap Allah


Wednesday, June 18, 2008

مِسْمَارُ جُحَا Paku Juha

Assalamulaikum...
Ini adalah satu kisah lucu berbahasa arab, karakternya terkenal dengan nama Juha (macam Pak Pandir)...
Video ni tentang Juha yang jual rumah dia kecuali sebatang paku dalam rumah tu.. Tiap2 pagi dia akan datang untuk nak tengok paku tu... Akhirnya, tuan rumah tak tahan dengan gelagat dia sampai menyerahkan balik rumah tu secara percuma..
Semoga Terhibur...

Tuesday, June 17, 2008

Sehari Satu Kalimah (16)ٍ

بسم الله الرحمن الرحيم

وَجَدَ : Telah menjumpai

وَجَدَ مُحَمَّدٌ حَقِيبَتَهُ الْمَفْقُودَةَ

Muhammad telah menjumpai begnya yang hilang

يَجِدُ : Sedang jumpa

يَجِدُ الطَّالِبُ النُّقُودَ تَحْتَ مِنْضَدَتِهِ

Pelajar itu menjumpai duit tersebut di bawah mejanya.

وُجُودُ : Kewujudan

نَعْرِفُ وُجُودَ اللَّهِ مِنْ خِلَالِ آيَاتِهِ الْكَوْنِيَّةِ

Kita mengetahui kewujudan Allah melalui bukti-bukti alam

Monday, June 16, 2008

حَيَّا نَقْرَأُ (Mari Membaca)

Assalamualaikum..
Di sini ada satu kartun bahasa arab yang ana petik dari majalah "Al-Jil Al-Jadid" sebagai bacaan untuk memantapkan bahasa arab.. Di sini

Harap membantu... Wassalam

Saturday, June 14, 2008

Site Arabic Bermanfaat

Assalamualaikum…

Harini nak kongsi satu site majalah berbahasa arab lagi … Nama majalah ni adalah Al-Jil Al-Jadid (Generasi Baharu).. addnya : www.aljeelaljaded.com

Syukran

Friday, June 13, 2008

Sehari Satu Kalimah (15)ٍ

بسم الله الرحمن الرحيم

هِوَايَةٌ ج هِوَايَاتٌ : Hobi

هِوَايَتِي الرَّسْمُ

Hobi saya melukis

Sunday, June 1, 2008

Sehari Satu Kalimah (14)

بسم الله الرحمن الرحيم

أَحَبَّ: Telah mencintai

أَحَبَّ رَسُولُ اللهِ أُمَّتَهُ حُبًّا شَدِيدًا

Rasulullah mencintai umatnya dengan kecintaan yang amat sangat (Rasulullah sangat mencintai umatnya)

يُحِبُّ: Sedang mencintai

كُلُّ الإِنْسَانُ يُحِبُّ الْأَخْلَاقَ الْكَرِيمَةَ

Semua manusia mencintai akhlak yang baik

حُبٌّ : Kecintaan