Friday, May 6, 2011

Kata kerja men...kan (أَفْعَلَ)

Assalamualaikum.. Harini nak kongsi satu keunikan bahasa arab berbanding bahasa melayu.

Berbeza dengan bahasa melayu, kita hanya perlu menambah 1 huruf untuk memberi efek men…kan/memper…kan kepada suatu kata kerja (فِعل)..

Contoh:

1. Cantik >>> Mencantikkan = جَمُلَ >> أَجْمَلَ

Mukanya cantik

جَمُلَ وَجْهُهَا

Fatimah memperelokkan wajahnya

أَجْمَلَتْ فَاطِمَةُ وَجْهَهَا

2. Elok >>> Mengelokkan / Memperelokkan = حَسُنَ >> أَحْسَنَ

Suaranya elok

حَسُنَ صَوْتُهُ

Dia memperelokkan suaranya

أَحْسَنَ صَوْتَهُ

3. Cepat >>> Mempercepatkan = سَرُعَ >> أَسْرَعَ

Kereta itu cepat

سَرُعَتْ السَّيَّارَةُ

Muhammad mempercepatkan perjalanan (langkahnya)

أَسْرَعَ مُحَمَّدٌ السَّيْرَ

4. Penat/ Letih >>> Memenatkan/ Meletihkan = تَعِبَ >> أَتْعَبَ

Zaid letih.

تَعِبَ زَيْدٌ

Zaid memenatkan dirinya

أَتْعَبَ زَيْدٌ نَفْسَهُ

5. Keluar >>> Mengeluarkan = خَرَجَ >> أَخْرَجَ

Pelajar (perempuan) itu keluar dari kelas

خَرَجَتْ الطَّالِبَةُ مِنَ الْفَصْلِ

Pelajar (perempuan) itu mengeluarkan bukunya

أَخْرَجَتْ الطَّالِبَةُ كِتَابَهَا

Berdasarkan contoh2 di atas, kita hanya perlu menambah hamzah (أَ) di hadapan fi’il madhi (فعل ماضي) untuk mengubah kata kerja biasa kepada kata kerja men…kan/memper…kan.

Latihan: Lengkapkan jadual di berikut dan bina ayat berdasarkan fi’il-fi’il itu.

Melayu

Arab

Ayat

Masuk

دَخَلَ

Memasukkan

Turun

نَزَلَ

Menurunkan

Musnah

تَلِفَ

Memusnahkan

Sunday, May 1, 2011

Sehari Satu Kalimah (One Word a day) - كنس

بسم الله الرحمن الرحيم


كَنَسَ – يَكْنِسُ : Menyapu : to sweep

أَكْنِسُ الْأَرْضَ الْمُغَبَّرَةَ

Saya menyapu lantai yang berhabuk

I am sweeping the dusty floor


مِكْنَسَةٌ : Penyapu : broom

الْمِكْنَسَةُ خَلْفَ الْبَابِ

Penyapu di belakang pintu

The broom is behind the door.