Assalamualaikum.. Harini nak kongsi satu keunikan bahasa arab berbanding bahasa melayu.
Berbeza dengan bahasa melayu, kita hanya perlu menambah 1 huruf untuk memberi efek men…kan/memper…kan kepada suatu kata kerja (فِعل)..
Contoh:
1. Cantik >>> Mencantikkan = جَمُلَ >> أَجْمَلَ
| Mukanya cantik | جَمُلَ وَجْهُهَا |
| Fatimah memperelokkan wajahnya | أَجْمَلَتْ فَاطِمَةُ وَجْهَهَا |
2. Elok >>> Mengelokkan / Memperelokkan = حَسُنَ >> أَحْسَنَ
| Suaranya elok | حَسُنَ صَوْتُهُ |
| Dia memperelokkan suaranya | أَحْسَنَ صَوْتَهُ |
3. Cepat >>> Mempercepatkan = سَرُعَ >> أَسْرَعَ
| Kereta itu cepat | سَرُعَتْ السَّيَّارَةُ |
| Muhammad mempercepatkan perjalanan (langkahnya) | أَسْرَعَ مُحَمَّدٌ السَّيْرَ |
4. Penat/ Letih >>> Memenatkan/ Meletihkan = تَعِبَ >> أَتْعَبَ
| Zaid letih. | تَعِبَ زَيْدٌ |
| Zaid memenatkan dirinya | أَتْعَبَ زَيْدٌ نَفْسَهُ |
5. Keluar >>> Mengeluarkan = خَرَجَ >> أَخْرَجَ
| Pelajar (perempuan) itu keluar dari kelas | خَرَجَتْ الطَّالِبَةُ مِنَ الْفَصْلِ |
| Pelajar (perempuan) itu mengeluarkan bukunya | أَخْرَجَتْ الطَّالِبَةُ كِتَابَهَا |
Berdasarkan contoh2 di atas, kita hanya perlu menambah hamzah (أَ) di hadapan fi’il madhi (فعل ماضي) untuk mengubah kata kerja biasa kepada kata kerja men…kan/memper…kan.
Latihan: Lengkapkan jadual di berikut dan bina ayat berdasarkan fi’il-fi’il itu.
| Melayu | Arab | Ayat |
| Masuk | دَخَلَ |
|
| Memasukkan |
|
|
| Turun | نَزَلَ |
|
| Menurunkan |
|
|
| Musnah | تَلِفَ |
|
| Memusnahkan |
|
|