Tuesday, May 13, 2008

Bagaimana Menyemak Kamus

Assalamualaikum...
Untuk mendalami sesuatu bahasa kita mesti tak boleh lari dari menggunakan kamus... betul tak?? begitu juga bahasa arab ni.. apatah lagi bahasa arab ni adalah satu bahasa yang unik... kenapa?? saya kata camtu sebab ada banyak perkataan arab yang mempunyai banyak maksud.. kalau anda rujuk kamus perkataan عَيْنٌٌ mempunyai banyak maksud (lecturer saya kata ada 25 maksud).. yang saya tau antara maksud عَيْنٌ ialah mata, mata-mata, mata air, penyakit 'ain dan lain-lain... oleh itu, berdamping dengan kamus amatlah penting untuk mendalami bahasa arab ni...

Jadi, di sini saya nak bagi tips untuk menyemak kamus bahasa arab.

1. susunan huruf alphabetical arab yang digunakan dalam penyusunan kebanyakan kamus adalah seperti berikut أ، ب، ت، ث، ج، ح، خ، د، ذ، ر، ز، س، ش، ص، ض، ط، ظ، ع، غ، ف، ق، ك، ل، م، ن، و، هـ، ي، (alah... macam kita menghafal alif ba ta dulu2 .. cuma huruf لا takde... itu dikira ل je..)
2. cari asal kalimah yang hendak dicari: biasanya kalimah asal bahasa arab terdiri dari 3 huruf.. contohnya مَكْتَبَةٌ kalimah asalnya adalah كَتَبَ .. so kita kena cari pada huruf كـ bukan huruf م
3. untuk mengenal pasti kalimah asal kita perlu asingkan huruf-huruf tambahan. huruf-huruf tambahan ini adalah huruf-huruf yang terkumpul dalam perkataan سألتمونيها iaitu س،أ،ل،ت،م،و،ن،ي،هـ، dan ا . Ta' marbuthoh (ة) sentiasa menjadi huruf tambahan.
contoh dari perkataan مَكْتَبَةٌ, huruf مـ dan ta marbuthoh adalah huruf tambahan.. maka kalimah asal adalah كتب.
contoh lain مِفْتَاحٌ.. huruf مـ dan ا adalah huruf tambahan. maka kalimah asal adalah فتح.
cuba anda cari kalimah asal bagi perkataan مَدْرَسَةٌ !! mudah saja kan...

harap bermanfaat..

kalau ada masalah sila hubungi saya...
Wassalam..

No comments: