Friday, May 2, 2008

Tips Belajar Bahasa Arab

Assalamualaikum..

Beberapa tip untuk Berjaya belajar Bahasa Arab (berdasar pengalaman sikit2)

  1. Hafal Kalimat: ini sangat penting supaya bank memori kita ada banyak simpanan untuk dikeluarkan bila perlu.. Masa saya mula belajar bahasa arab dulu memang kamus selalu jadi rujukan dan tiap-tiap hari hafal 5 kalimat (sebenarnya kena paksa dengan ustaz heh3x)
  2. Guna Perkataan yang dihafal: Contohnya kita cuba bina ayat sendiri menggunakan perkataan baru dan semak dengan guru untuk diperbetulkan susunan perkataan yang betul.
  3. Selalu cuba bercakap dengan bahasa Arab bila ada peluang: Hal ini terbukti berkesan.. Saya ada dua orang kawan (setakat ni) yang saya betul-betul respect (suspect?!).. Diorang ni tak penah jejak kaki dekat Negara Arab tapi Bahasa Arab diorang lagi baik dari sesetengah kawan-kawan yang belajar di Timur Tengah.. Sebab apa?? Sebab diorang memang selalu cuba cakap (walaupun tak betul kadang2) Kemudian kalau ada salah saya tegur la sikit.
  4. Nahu atau Sorof untuk permulaan tak perlu ditekankan sangat. Sebenarnya hafal perkataan saja sudah memadai (peringkat basic) untuk mengganti sorof. Walaubagaimanapun saya akui, sorof banyak membantu saya mengagak banyak perkataan yang saya tak tahu maksud.

Setakat tu saja dulu.. Kalau ada lagi nanti ditambah aja yaaa..

No comments: