Bahasa arab mempunyai keunikan tersendiri dari segi pembahagian jenis-jenis perbuatan. Tidak seperti bahasa melayu, bahasa arab mempunyai tiga jenis perbuatan yang digunakan untuk menggambarkan makna yang telah dan sedang berlaku serta untuk suruhan dilakukan. Dalam hal ini, bahasa melayu adalah lebih mudah digunakan kerana dengan hanya menambah perkataan “sedang” atau “telah” sudah cukup untuk membezakan kedua-dua jenis perbuatan itu. Contohnya, perkataan “makan”
- saya sedang makan (sedang berlaku/مضارع )
- saya telah makan (telah berlaku/ماضي )
- Makanlah! (suruhan/أمر )
Namun, di dalam bahasa arab, tidak cukup dengan hanya menambahkan suatu perkataan untuk menggambarkan perbezaan tersebut. Ada cara khusus untuk itu, yang kita akan bincangkan, insyaAllah.
Telah berlaku فعل ماضي | Sedang berlaku فعل مضارع | Suruhan فعل أمر |
فَعَلَ (Telah melakukan) | يَفْعَلُ Sedang melakukan | افْعَلْ (Lakukanlah) |
بَحَثَ (Telah mencari) | يَبْحَثُ (Sedang mencari) | ابْحَثْ (Carilah!) |
كَتَبَ (Telah Menulis) | يَكْتُبُ (Sedang menulis) | اكْتُبْ (Tulislah!) |
نَظَرَ (Telah Melihat) | يَنْظُرُ (Sedang melihat) | انْظُرْ (Lihat!) |
Dengan memerhatikan jadual di atas, ada beberapa kaedah yang dapat disimpulkan, iaitu:
- فعل ماضي adalah asal perkataan. Oleh itu, terdapat penambahan / perubahan struktur perbuatan apabila ia diubah ke dalam bentuk فعل مضارع dan فعل أمر.
- Perubahan yang berlaku apabila perbuatan diubah dari فعل ماضي kepada فعل مضارع ialah:
I. Penambahan suatu huruf khas di depan.
II. Mematikan (ْ )baris huruf kedua.
III. Huruf terakhir berbaris depan (ُ ).
- Perubahan yang berlaku apabila perbuatan diubah dari فعل ماضي kepada فعل أمر ialah:
I. Penambahan huruf alif (ا) / hamzah wasal di depan.
II. Mematikan (ْ )baris huruf kedua.
III. Mematikan (ْ )baris huruf terakhir.
Perhatian: contoh-contoh dan perubahan yang dinyatakan di sini adalah untuk perbuatan yang berasaskan tiga huruf sahaja seperti بَحَثَ dan نَظَرَ . Terdapat perbezaan bentuk perubahan jika perbuatan itu berasaskan empat, lima atau enam huruf contohnya حَوْقَلَ , تَقَاتَل atau اسْتَغْفَرَ .
Latihan:
Lengkapkan jadual berikut.
Telah berlaku فعل ماضي | Sedang berlaku فعل مضارع | Suruhan فعل أمر |
قَطَعَ (Telah memotong) | | |
فَتَحَ (Telah membuka) | | |
طَرَقَ (Telah mengetuk) | | |
شَرِبَ (Telah minum) | | |
3 comments:
terima kasih kerana sudah buat blogger pelajaran ni..akhirnya dapat jugak selesaikan kerja rumah :)
Assalamualaikum ....terima kasih banyak tuan sbb sudi berkongsi ilmu bahasa arab ni kepada kami semua ;)
semoga ALLAH jadikan ini sebagai amal soleh kita sebagai saham yg baik d akhirat nanti ...Takbir ALLAH HUAKBAR
Syukran...dpt buat rujukan kedua...di samping rujukan utama matan Jurumiah...tksh sekali lgi.. semoga diberkati Allah
Post a Comment