Wednesday, April 14, 2010

Jenis-jenis Perbuatan (فِعْل) siri 2 - فعل رباعي

Ini adalah sambungan kepada Jenis-jenis perbuatan siri 1.. Di dalam post itu saya telah bincangkan mengenai perbuatan2 (فِعْلٌ) yang asasnya terdiri dari 3 huruf (فِعْلٌ ثُلَاثِي).

Dalam post ini pula, saya akan bincangkan mengenai perbuatan yang asasnya terdiri dari 4 huruf, perbuatan jenis ini dinamakan fi’il ruba’I (فِعْلٌ رُبَاعِي). Contohnya أَكْرَمَ , عَلَّمَ , dan بَسْمَلَ .

Telah berlaku فعل ماضي

Sedang berlaku فعل مضارع

Suruhan فعل أمر

عَلًّمَ (Telah mengajar)

يُعَلِّمُ (Sedang mengajar)

عَلِّمْ (Ajarlah!)

أَكْرَمَ (Telah menghormati)

يُكْرِمُ (Sedang menghormati)

أَكْرِمْ (Hormatilah!)

بَسْمَلَ (Telah membaca bismillah)

يُبَسْمِلُ (Sedang membaca bismillah)

بَسْمِلْ (Bacalah bismillah!)

صَافَحَ (Telah bersalaman)

يُصَافِحُ (Sedang bersalaman)

صَافِحْ (Bersalamlah!)

Kaedah-kaedah yang dapat disimpulkan dari jadual di atas ialah:

  1. Sepertimana فِعْلٌ ثُلَاثِي , فعل ماضي bagi fi’il ruba’i (فِعْلٌ رُبَاعِي) juga adalah asal perkataan. Oleh itu, terdapat penambahan / perubahan struktur perbuatan apabila ia diubah ke dalam bentuk فعل مضارع dan فعل أمر.
  2. Perubahan yang berlaku apabila perbuatan diubah dari

فعل ماضي رباعي kepada فعل مضارع رباعي ialah:

a) Penambahan satu huruf khas dihadapan dan dibariskan dhommah (ُ )

b) Huruf sebelum akhir dikasrohkan ( ِ )

c) Huruf terakhir didhommahkan ( ُ )

  1. Perubahan yang berlaku apabila perbuatan diubah dari

فعل ماضي رباعي kepada فعل أمر رباعي iaitu:

a) Huruf sebelum akhir dikasrohkan ( ِ )

b) dan huruf terakhir disukunkan ( ْ )

Latihan:

Lengkapkan jadual berikut.

Telah berlaku

فعل ماضي

Sedang berlaku

فعل مضارع

Suruhan

فعل أمر

رَاجَعَ (Telah mengulangkaji)

أَلِّفْ (Satukanlah!)

حَوْقَلَ (Telah membaca

لا حول ولا قوة إلا بالله )

يُقَاتِلُ (Sedang berbunuhan)

No comments: